Pernahkah alat sulit anda rasa pedih dan ada orang cadangkan agar sapu madu pada zakar? Jika ya, anda juga tidak keseorangan kerana amalan ini sudah jadi satu kepercayaan.
Disebabkan khasiat madu itu mampu untuk melegakan sebarang ketidakselesaan pada kulit, maka ramai juga yang percaya ia turut boleh disapu pada alat kelamin lelaki.
Persoalannya, adakah sapu madu pada zakar itu bagus kalau alat sulit rasa pedih? Jom terus baca artikel!
Manfaat utama madu pada kulit individu!
Madu itu memang banyak dan penuh dengan manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan tubuh badan individu termasuk kulit. Ia juga biasa dijadikan sebagai masker.
Kenapa? Ini kerana madu itu mengandungi sifat antioksidan, antiseptik serta antibakteria yang sangat bagus untuk pelbagai masalah kulit yang kerap dialami individu.
Antara manfaat madu adalah ia mungkin mampu menyelesaikan masalah kulit kering, membantu membuka liang pori tersumbat serta menyeimbangkan tona kulit tidak sekata.
Bukan itu sahaja, penggunaan madu pada kulit turut dipercayai mampu untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat serta mematikan bakteria yang wujud pada kulit.
Disebabkan itu pula, ramai yang percaya bahawa ia juga boleh bawa manfaat pada alat kelamin!
Sapu madu pada zakar jika alat sulit rasa pedih?
Kadangkala, zakar lelaki mungkin akan rasa pedih, sakit, gatal dan tidak selesa terutama apabila ia disentuh atau dipicit. Berikut adalah antara punca kenapa zakar rasa pedih:
- Kesan daripada cukur bulu kemaluan
- Radang akibat produk kulit yang tidak sesuai
- Rengsa akibat menggaru, geseran atau tekanan
- Gigitan serangga atau haiwan kecil
- Masalah kulit seperti ekzema atau dermatitis
- Infeksi bakteria, kulat atau virus pada zakar
- Infeksi alat sulit seperti sifilis, herpes, gonorea, klamidia dan lain-lain
Sebaiknya, ketidakselesaan pada zakar ini perlu segera dirujuk dan didiagnosis oleh doktor agar kaum Adam dapat tahu punca dan cara untuk merawat masalah tersebut.
Sebaliknya, ramai lelaki yang berdiam diri serta akan cuba kaedah alternatif di rumah seperti sapu madu pada zakar (lnk to thor x ) tanpa tahu sama ada ia akan berkesan atau tidak.
Untuk pengetahuan anda semua, tidak wujud sebarang bukti saintifik yang menyokong perbuatan meletakkan madu pada alat kemaluan itu boleh rawat masalah kulit.
Jadi, madu itu tiada manfaat buat lelaki?
Dalam erti kata lebih mudah, perbuatan sapu madu pada zakar jika ia rasa pedih mungkin tidak ada manfaat atau sia-sia. Jika ada pun, ia mungkin hanya kesan plasebo.
Pun begitu, kami tidak kata bahawa madu itu tiada manfaat buat lelaki. Ini kerana ia mungkin masih boleh digunakan bukan dengan cara penyapuan tetapi pengambilan oral.
Sebenarnya, madu telah lama digunakan sebagai salah satu makanan afrosidiak yang dikatakan mampu meningkatkan keinginan dan kemampuan seksual seorang lelaki.
Dalam pada itu, madu juga dipercayai bagus untuk aspek seksual lelaki dengan cara yang berikut:
1. Meningkatkan stamina
Madu itu memang sangat bagus untuk tenaga dan stamina lelaki. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan 85 gram madu akan meningkatkan nitrik oksida dalam darah.
Kesannya, tubuh badan anda boleh jadi lebih kuat dan cergas. Dalam masa yang sama, ia juga bagus buat lelaki yang ada masalah ereksi seperti kondisi mati pucuk.
2. Meningkatkan testosteron
Madu juga kaya dengan sejenis nutrien yang bernama Boron. Nutrien ini sangat bagus di dalam proses penghasilan, perembesan dan penggunaan hormon testosteron.
Selain Boron, madu turut kaya dengan Chrysin yang mampu meningkatkan kadar testosteron di dalam tubuh badan sekali gus akan menambahkan keupayaan lelaki di ranjang.
3. Meningkatkan libido
Madu sering kali dikategorikan sebagai salah satu makanan afrosidiak sama seperti bunga jasmin dan orkid. Ia dipercayai mampu menyemarakkan nafsu syahwat lelaki.
Maka tidak hairan jika perkataan ‘bulan madu’ itu tercipta dan tergabung kerana makanan ini memang sangat berkait rapat dengan keinginan dan kemampuan seksual.
4. Lelaki, boleh tambah madu ke dalam menu!
Konklusinya, mungkin tiada manfaat sapu madu pada zakar kerana ia tidak akan beri sebarang kesan yang positif terhadap kulit dan ia juga boleh jadi satu pembaziran. Daripada menyapu madu pada alat kemaluan, adalah lebih baik untuk anda mengambilnya sebagai makanan ekoran pelbagai manfaat madu pada lelaki seperti yang dinyatakan di atas tadi.