MONEY BACK GUARANTEE

JANGAN Terkeliru Lagi! Kenal Pasti Perbezaan Antara Kemandulan & Mati Pucuk

Ramai orang masih berasa keliru apabila bercakap mengenai topik kemandulan akibat sperma tidak subur dan mati pucuk.

Bahkan, lelaki yang mengalami masalah kemandulan atau ereksi sendiri kadangkala gagal membezakan kedua-dua kondisi kesihatan tersebut.

Mati pucuk dan kemandulan boleh jejaskan kesihatan seksual lelaki dan kemampuan untuk memiliki anak, tetapi dengan cara yang berbeza.

Mati pucuk, atau dikenali sebagai disfungsi ereksi (ED), merujuk kepada masalah untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi.

Kemandulan, juga disebut ketidaksuburan, merujuk pada penghasilan sperma yang tidak subur atau mencukupi, yang menjejaskan keupayaan untuk memiliki zuriat.

Dalam kupasan kali ini, kami di Hello Doktor bakal membincangkan perbezaan antara kemandulan dan mati pucuk, teruskan pembacaan ya!

Mati pucuk @ impotence

Kondisi ini cenderung berlaku dengan peningkatan usia. Kajian melaporkan, 1 daripada 10 lelaki dewasa akan mempunyai masalah ED dalam jangka masa panjang.

Perlu pembaca tahu, beberapa organ yang berbeza, termasuk organ dalam sistem saraf, otot, dan saluran darah, perlu bekerja dengan cara yang terkoordinasi untuk membolehkan lelaki mencapai ereksi sepenuhnya.

Oleh itu, jika salah satu antara sistem ini terganggu, lelaki boleh menghadapi masalah untuk mengalami ereksi.

Demikian merupakan beberapa pemicu utama ED, merangkumi:

  • Kegemukan
  • Diabetes mellitus
  • Kerosakan saraf
  • Penyakit Peyronie (tisu parut di dalam zakar)
  • Penggunaan tembakau
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah
  • Saluran darah atau penyakit jantung
  • Kemurungan atau gangguan mood lain
  • Tekanan (termasuk kegelisahan prestasi)
  • Penyakit Parkinson atau sklerosis berganda
  • Tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi
  • Ubat-ubatan seperti antidepresi, antihistamin, atau ubat penurun tekanan darah

Mati pucuk juga mungkin berkaitan dengan pembedahan atau terapi radiasi yang dilakukan untuk merawat kanser prostat atau prostat yang membesar (benign prostatic hypertrophy, BPH).

Bukan faktor fizikal sahaja, aspek emosi juga tidak terkecuali dalam pemicu ED, seperti:

  1. Tekanan/stres.
  2. Rasa bersalah.
  3. Kegelisahan.
  4. Kurang keyakinan diri.

Kemandulan @ sterility

Sekiranya usaha membuntingkan isteri selama sekurang-kurangnya setahun masih tidak mendatangkan hasil, anda mungkin menghadapi masalah kemandulan (sterility).

Masalahnya boleh berpunca daripada salah satu antara pasangan, atau kedua-duanya sekali. Malah, kira-kira 1 pertiga isu kemandulan pada masa ini datang daripada golongan lelaki sahaja!

Ia boleh disebabkan oleh sperma tidak subur atau masalah berkaitan penghasilannya.

Beberapa penyebab kemandulan atau sperma tidak subur turut termasuk:

  • Penyalahgunaan alkohol
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti steroid
  • Kondisi genetik seperti fibrosis sistik
  • Ejakulasi pramatang
  • Vasektomi
  • Rawatan kanser seperti kemoterapi atau radiasi
  • Penyakit seperti diabetes
  • Urat membesar di dalam testis (varicocele)
  • Pendedahan kepada racun perosak dan toksin lain
  • Kecederaan atau pembedahan pada testis atau organ lain dalam sistem pembiakan
  • Beguk atau jangkitan lain yang menyebabkan testis cedera
  • Penyakit kelamin, seperti HIV, gonorea, atau klamidia
  • Ejakulasi retrograde (sperma mengalir masuk ke pundi kencing dan bukannya melalui zakar)
  • Pemicu kemandulan boleh dikatakan agak tidak jelas.

Ini kerana lelaki yang mandul sering mengalami gejala lain, seperti masalah fungsi seksual, keinginan berkurang, bengkak di skrotum, dan masalah ejakulasi.

Rawatan mati pucuk & masalah sperma tidak subur

·       Pilihan-pilihan rawatan mati pucuk

Biasanya sebagai permulaan, doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal.

Doktor kemudian mungkin akan meminta anda untuk lakukan ujian makmal (seperti tahap testosteron, HbA1c, atau fasting lipid panel) untuk mengesan sebarang penyakit seperti diabetes mellitus, penyakit jantung, atau masalah hormon yang boleh memicu keadaan ereksi.

Berdasarkan keputusan pemeriksaan dan makmal anda, doktor akan mengesyorkan rancangan rawatan yang bersesuaian.

Kadangkala, perubahan gaya hidup juga diperlukan, seperti:

  1. Berhenti merokok.
  2. Bersenam secara teratur.
  3. Menurunkan berat badan berlebihan.
  4. Mengurangkan pengambilan alkohol.

Sekiranya kondisi masih tidak membaik pulih, doktor mungkin akan menetapkan ubat yang disebut sebagai phosphodiesterase-5-inhibitor untuk tingkatkan aliran darah ke zakar, merangkumi:

  • Tadalafil
  • Vardenafil
  • Sildenafil (Viagra)

Peringatan! Semua ubat ini membawa risiko tersendiri, terutamanya jika anda pernah alami kegagalan jantung, mempunyai penyakit jantung lain, mengambil ubat nitrat atau mempunyai tekanan darah rendah.

Sebagai alternatif, anda boleh mempertimbangkan pengunaan suplemen herba seperti Thor X. Ia dapat meningkatkan kadar aliran darah ke seluruh badan termasuklah ke organ zakar.

Ubat lain yang digunakan untuk merawat disfungsi ereksi adalah alprostadil, terapi Prostaglandin E1.

Rawatan ini sama ada disuntik sendiri atau dimasukkan sebagai suppository ke dalam zakar, untuk menghasilkan ereksi yang berkekalan hingga 1 jam.

Sekiranya terapi ubat juga tidak sesuai untuk anda, pam zakar atau implan mungkin dapat membantu.

Untuk mereka yang bergelut dengan masalah emosi, berjumpa dengan kaunselor berupaya bantu menangani konflik dalaman yang menyukarkan anda mendapat ereksi.

·       Pilihan-pilihan rawatan kemandulan

Antara ujian yang digunakan untuk mendiagnosis kemandulan akibat sperma tidak subur pada lelaki terdiri daripada:

  • Ujian genetik
  • Ultrabunyi atau biopsi testis
  • Ujian darah untuk memeriksa tahap hormon
  • Analisis air mani (untuk memeriksa jumlah atau sama ada sperma tidak subur)
  • Rawatan yang bakal dijalani juga bergantung kepada pemicu yang dikenal pasti. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk:
  • Terapi penggantian hormon
  • Pembedahan (memperbaiki masalah fizikal pada testis)
  • Rawatan untuk merawat jangkitan atau penyakit yang memicu isu sperma tidak subur

Juga, persenyawaan in vitro atau artificial insemination (di mana sperma disuntik ke serviks atau rahim) boleh dilakukan untuk mewujudkan konsepsi apabila kemandulan menjadi punca.

Ya, kadang-kadang, masalah mati pucuk, sperma tidak subur dan ketidaksuburan sukar dibincangkan, walaupun bersama doktor sendiri.

Tetapi bersikap terbuka mengenai kondisi dihadapi dapat bantu meningkatkan kualiti kehidupan seks dan memastikan anda mendapat rawatan yang betul bagi mengatasi sperma tidak subur ini!

Promosi Hari Ini!
Dapatkan Sekarang!

Percuma Dengan Setiap Pembelian Pek Penuh

Tertakluk kepada stok sedia ada. Siapa cepat dia dapat!

ThorX Pek Penuh

Mengandungi 10 biji/sachet

RM129.90

RM89.90

ThorX Pek Bundle 3

Mengandungi 3 biji/sachet

RM38.70

RM29.90

ThorX Pek Individu

Mengandungi 1 biji/sachet

RM12.90