Pernahkah anda terfikir bagaimana zakar seorang lelaki boleh mengeras dan mengalami ereksi serta ejakulasi?
Jika inginkan jawapan tersebut, jangan lari dan teruskan membaca!
Struktur alat reproduktif lelaki
Topik mengenai alat reproduktif lelaki mungkin jarang dibincangkan di khalayak umum. Ia seolah-olah dilihat sebagai satu bahan lucah sedangkan ia adalah penting untuk membantu memahami sistem reproduktif dan keadaan kesihatan yang berkaitan dengannya.
Ringkasnya, bahagian utama yang berkait dengan proses ereksi ialah zakar (penis), otak dan urat saraf tunjang.
Di dalam zakar, terdapat dua ruang berbentuk silinder bernama corpora cavernosa yang memanjang sepanjang batang zakar. Ia mengandungi pembuluh darah arteri untuk darah masuk ke dalam zakar.
Di bawahnya pula terdapat corpora spongiosum mengandungi urethra yang mengalirkan air kencing dan mani keluar dari badan.
Sementara pembuluh darah vena pula berada di antara struktur lain dan berperanan membawa keluar darah dari zakar.
Bagaimana ereksi berlaku? Ia bermula dari otak
Sebelum zakar mengeras, otak harus dirangsang terlebih dahulu oleh imej, bau, rasa atau suara. Rangsangan turut melepaskan hormon tertentu bagi membantu proses ereksi.
Kemudian, isyarat akan dihantar ke organ seks tersebut melalui urat saraf tunjang untuk mengendurkan otot dan membolehkan darah masuk melalui arteri ke dalam batang zakar. Darah akan terkumpul di dalam tisu seperti air memenuhi span menyebabkan zakar menjadi besar dan keras serta menutup pembuluh darah vena sehingga darah tidak boleh keluar.
Ejakulasi berlaku apabila satu tiub bernama vas deferens mengeluarkan sperma ke urethra. Isyarat yang dirasai oleh urethra menyebabkan otot di lantai pelvis mengecut sehingga air mani terpancut keluar semasa klimaks dan orgasma.
Vena akan terbuka selepas ejakulasi atau apabila tiada lagi rangsangan menyebabkan darah keluar dari batang zakar dan menjadi lembut semula.
Mati pucuk berlaku apabila proses ini terganggu
Bermula dari otak, hormon, isyarat melalui urat saraf tunjang sehingga aliran darah masuk ke dalam zakar, mati pucuk atau disfungsi erektil berlaku apabila mana-mana proses ini terganggu.
Ini termasuk stres (otak), kelenjar hormon rosak (hormon), trauma pada urat saraf tunjang, dan pembuluh darah sempit.
Suplimen herba seperti Thor X yang mengandungi ________ dapat membantu lelaki yang mengalami masalah ini. Ia dapat meningkatkan kadar aliran darah ke organ zakar.