Penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, Caprice mengumumkan isterinya, Farra Inalis, kini sedang
hamil lima bulan.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, berkongsi berita gembira tersebut ketika memberikan
ucapan di majlis pelancaran ThorX, di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, isteri saya kini hamil lima bulan. Sudah alang-alang semua orang ada di sini, saya kongsikan berita gembira dengan semua,” katanya.
Tambah Caprice, sebelum ini ramai yang bertanya mengapa lambat mendapatkan cahaya mata.
“Sebelum ini saya bukan tidak mahu anak, tetapi disebabkan kepadatan jadual dan komitmen kepada perniagaan dan lain-lain hasrat tersebut saya ketepikan dahulu.
“Selain itu, yang macam semua orang tahu saya juga terlalu sibuk menyelesaikan masalah masyarakat,” katanya.
Dalam perkembangan lain Caprice kini dilantik sebagai duta rasmi dan pengasas bersama suplemen kesihatan lelaki, ThorX.
Produk ThorX adalah makanan tambahan yang menggunakan 100 peratus bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan.
“Terima kasih ThorX, mungkin dengan bantuan tambahan daripada produk ini juga antara penyebab isteri saya hamil. “Dia ibarat kereta, yang kita gantikan ekzos. Apa yang boleh saya katakan ia
makanan tambahan yang meningkatkan kualiti kesihatan kita,” katanya ketawa.
ThorX pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Organic Awards. Selain itu, ThorX juga mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement. – BOOM!
Artikel Penuh Di : https://www.boom-malaysia.com/caprice-umum-isteri-sudah-lima-bulan-hamil/