KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Caprice berkongsi berita gembira apabila isterinya Farra Inalis disahkan hamil lima bulan.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, berkata, selepas menangguhkan impian untuk menimang cahaya mata akibat tekanan yang dihadapi, dia kini bakal bergelar bapa.
“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan.
“Selepas kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak cuba, tetapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku dari segi tekanan bisnes dan media sosial.
“Jadi, saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah, saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Thor-X di JW Marriot, di sini, hari ini.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 15 November 2021.
Artikel Penuh Di : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/09/1155072/caprice-teruja-isteri-sah-hamil